Penyanyi Lady Gaga telah menempah pizza untuk peminatnya sebagai tanda maaf selepas membatalkan konsert Joanne World Tour di saat akhir di Montreal, Kanada.

Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 4 September lalu itu dibatalkan atas sebab masalah kesihatan yang dialami Gaga.

Menurut Huffington Post, Lady Gaga berasa bersalah dan sebagai tanda maaf serta mahu mengubati kekecewaan peminatnya, dia telah mengirimkan pizza kepada semua.

Lady Gaga membuat permohonan maaf tersebut menerusi akaun Twitternya.

"Saya mengirimkan (pizza) kepada monster (gelaran untuk peminatnya) di luar hotel saya, di William Grey Montreal.

"Saya sangat mencintai kamu semua & saya sangat minta maaf, kamu semua adalah penggemar setia," tulisnya.

Sumber: Huffington Post