Penyanyi Indonesia, Raisa selamat bergelar isteri kepada aktor Hamish Daud pada Ahad lalu.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Hotel Ayana Midplaza, Jakarta.
Raisa dan Hamish juga turut berkongsi foto-foto pernikahan mereka menerusi akaun Instagram peribadi masing-masing.
Raisa kelihatan sungguh cantik ketika tampil dengan menyarungkan busana kebaya putih.
Sanggul tradisional yang dipakai oleh Raisa juga membuatkan penampilannya semakin anggun dan cukup klasik.
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik pernikahan Raisa dan aktor kacak Hamish Daud.
Teks oleh: Mya Amri
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan