Model terkemuka antarabangsa, Gigi Hadid, dikritik selepas memuat naik sebuah video yang dianggap sebagai rasis.

Menurut laporan Daily Mail, Gigi telah mencetuskan kemarahan netizen ekoran sebuah video yang memperlihatkan dirinya mengangkat sejenis kuih seakan berbentuk sami Buddha sambil mengenyit mata.

Ekoran daripada perbuatannya itu, rata-rata netizen mengakui marah dengan tindakan yang dilakukannya kerana menganggap Gigi telah menghina wajah orang Asia.

Malah instagram Gigi juga turut dibanjiri dengan komen negatif daripada netizen China dan juga telah dilarang menjejaki di negara itu pada acara pertunjukkan fesyen Victoria's Secret 2017 yang akan berlangsung di Shanghai.

Bagaimanapun, Gigi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui tidak berniat untuk menyakiti mana-mana pihak melalui tindakannya itu.

"Saya ingin memohon maaf kepada siapa yang tersinggung dengan perbuatan yang dilakukan oleh saya.

"Saya berharap agar anda semua dapat menerima permohonan maaf saya ini dan saya sangat menghormati serta mencintai orang-orang di negara China ," tulisnya.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Gigi mendapatkan respon negatif daripada netizen dan menganggap bahawa permintaan maaf tersebut sudah terlambat.


Sumber: Daily Mail