Selepas foto seorang gadis, Dayana Hashim dan Fattah Amin menjadi viral, netizen mahu pasangan ‘kembar’ itu ditemukan.

Menerusi komen di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram (IG) ada juga peminat pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu mengatakan Dayana adalah jodoh Fattah kerana wajah mereka yang seiras.

Gara-gara foto yang diviralkan, akaun IG Dayana kini mempunyai hampir 27 ribu pengikut dan beberapa akaun palsu turut dibuka.

Menariknya, Dayana telah memuat naik foto empat akaun IG palsu menerusi salah satu entri dan kesemua akaun yang menggunakan namanya itu memiliki sebanyak 17 ribu, 11 ribu, 10 ribu dan 2 ribu pengikut.

Kepada para peminat Kapten Ejaz jangan lupa untuk menyaksiakan drama bersiri adaptasi novel paling popular, Suri Hati Mr. Pilot pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Di bawah merupakan beberapa keping foto Dayana dan Fattah:



Teks Oleh: Hafiza Kamarudin