Selepas lebih setahun bercerai dengan bekas isteri, pelakon Zizan Nin mengakui hidupnya kini lebih fokus dan terarah kepada karier seninya.

Malah, selepas menceburi bidang baharu dalam dunia penerbitan dokumentari, Zizan lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding rumah.

"Alhamdulillah, inilah hidup saya dan semuanya seperti biasa.

"Cuma sekarang saya lebih sibuk di pejabat dengan kerja-kerja penyuntingan.

"Apabila sudah menjadi penerbit saya rasa tanggungjawab itu lebih besar kerana kepercayaan lebih tinggi diletakkan di bahu saya," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem televisyen #TerobekRaya baru-baru ini.

Pelakon filem Tanda Putera itu telah bercerai dengan bekas isterinya, Fazilah Hani Harun pada Januari 2016.

Zizan atau nama sebenarnya Azizan Nin, 44, merupakan penerbit eksekutif di syarikat produksi Aquila Emas Sdn. Bhd.

Jelas Zizan, dek kesibukannya dalam bidang penerbitan, dia terpaksa selektif untuk menerima tawaran berlakon.

"Saya hanya menerima beberapa tawaran sahaya selebihnya terpaksa tolak kerana sibuk dengan produksi.

"Takut juga tak dapat memenuhi komitmen dan boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon.

"Tapi mujurlah Johan dan Ozlynn sanggup menunggu saya untuk berlakon dalam filem televisyen #TerobekRaya," tambahnya.

Lama dah industri perfileman tanah air kita ketandusan filem bergenre komedi...nah TEROBEK RAYA - throwback pun boleeee buah tangan JWH SDN BHD tayangan di #AstroFirst480 mulai harini...langgan sekali dan tengok banyak kali! Yg pasti, 100% babak dlm drama ni super duper spontan & lakonan improvisasi....no script no plan no rehearsal! Ni baru betul originalll.....????✅?#TerobekRaya #Astro #AstroFirst #Astro480 #malaydrama #dramamelayu #komedi #dramakomedi #astrofirsteksklusif #JWH

A post shared by зизан Нин (@zizannin) on



Dalam #TerobekRaya, Zizan diberikan cabaran untuk melakonkan watak secara spontan tanpa sebarang dialog.

Selain Zizan, #TerobekRaya turut dibintangi oleh Johan, Ozlynn, Ani Mayuni, Marsha Milan, Azhan Rani dan Beto Kusyairi.

Filem televisyen itu telah disiarkan di Astro First Eksklusif bermula 24 Ogos lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @zizannin