Penyanyi Atilia mengakui tidak berminat untuk mengeluarkan single sebelum menerbitkan album penuh.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, berkata, dia mahu menghadiahkan album penuh kepada peminat sebagai hadiah buat mereka.

"Saya sebenarnya suka belek-belek dan tengok album penuh kerana disebabkan itu saya ingin menghadiahkan album penuh ini kepada peminat.

"Saya ini jenis orang yang masih percaya dengan tradisional dan tidak percaya kepada sekadar keluarkan single demi single sahaja.

"Meskipun album ketiga ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan namun saya bepuas hati dengan hasil yang dikeluarkan ini.

"Ini kerana saya ingin peminat yang mendapatkan album, berpuas hati dengan hasil tersebut kerana jika mahu mengenali Aitilia, semuanya ada dalam lagu-lagu ciptaan saya," katanya kepada Astro Gempak.

Atilia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album, Atilia No 3, di Alexis, Great Eastern Mall, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi