Memiliki Bentuk Badan Menawan, Lee Sun Bin Dilantik Model Ubat Kurus

21 Oktober 2016. 2.20 PM
15,238
Hiburan
Memiliki Bentuk Badan Menawan, Lee Sun Bin Dilantik Model Ubat Kurus
Pelakon Lee Sun Bin dilantik menjadi model iklan ubat kurus pada 18 Oktober lalu kerana bentuk tubuhnya yang langsing dan cantik.

Menurut laporan wowKeren.com , salah seorang wakil daripada produk tersebut memberitahu pemilihan Lee Sun Bin kerana dia juga mempunyai peribadi yang baik.

"Dia mempunyai karisma yang menarik serta disukai oleh para peminat-peminatnya pada semua lapisan peringkat umur.

"Di harapkan produk ubat kurus ini mendapat sambutan masyarakat terutama daripada para peminatnya," katanya

Selain itu, Lee juga dilaporkan akan mengembangkan bakatnya ke bidang nyanyian pada awal tahun 2017 .

Dalam perkembangan berlainan, dia juga akan tampil dalam drama berjudul Missing 9.

Dia juga kini sedang sibuk dalam mempromosikan produk-produk MCM selepas dilantin menjadi model iklan barangan tersebut.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: WowKeren.com






Artikel Berkaitan


Komen