Sekali pandang, wajah model bernama Julien Buteau ini sememangnya persis pelakon Korea popular, Lee Dong Wook.

Bentuk wajah, penampilan dan ketinggian Julien juga boleh dikatakan hampir menyamai Lee Dong Wook.

Harus diakui nama Julien Buteau mungkin belum dikenali oleh peminat dunia lakonan di Malaysia.

Namun dengan rupa dan bakat yang ada pada dirinya, jejaka tampan ini bakal mencuri tumpuan wanita dan mencipta nama sebagai pelakon di negara ini.

Julien bakal membintangi drama bersiri online berjudul MataCinta dan memegang watak sebagai Anaqi bersama aktres Juliana Evans yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Di sini kami kongsikan beberapa foto-foto menarik Julien dan juga Lee Dong Wook:






Foto: Instagram Julien

Teks oleh: Mya Amri