Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.

Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.

Sempena minggu ini, Youtuber kacak, Syafiq Ahmad, 26, berkongsi kisah menarik tentang dirinya sepanjang bergelar figura media sosial di platform Youtube dan Instagram.

Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Syafiq Ahmad.

1) Hampir dibuang sekolah

Jika ada yang perasan Syafiq pernah muncul dalam sebuah filem pendek sempena Hari Raya Aidilfitri yang mengangkat tema buli.



Bercerita tentang pengalaman zaman sekolah, dia hampir dibuang sekolah gara-gara menghilangkan diri selama dua minggu.

"Saya ponteng sekolah dua minggu dan hampir dibuang sekolah sebenarnya," katanya.

2) Minat olahraga

Syafiq merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan meminati sukan olahraga serta bola sepak.

Menariknya tentang Syafiq, dia memakai pendakap gigi sejak lima tahun lalu dan masih belum membukanya kerana tidak berjumpa doktor dalam masa yang lama.



3) TeamBuatHal (TBH)

TeamBuatHal ditubuhkan pada Mei 2016 demi berkongsi hobi sama merakam video bersama tiga lagi temannya.

Selepas beberapa bulan, TeamBuatHal mengembangkan sayap dan membuka sebuah produksi ASA Production.

Karya sulung produksi itu ialah filem pendek Buli yang ditayangkan pada Ramadan lalu. Video itu sudah mencecah 2.4 juta tontonan!



4) Kena kecam


"Saya akui video yang saya hasilkan pernah dikecam kerana mengandungi unsur sensitif, kemudian karya kami hanya disampaikan dalam double meaning sahaja," katanya memohon maaf.

TeamBuatHal akan menghasilkan sebuah kisah cinta dengan kerjasama syarikat kosmetik terkenal selepas ini.

5) Erti merdeka




Ditanya tentang erti kemerdekaan selaku golongan Malaynials, Syafiq menyifatkan ia sebagai satu kebebasan untuk berkarya.

"Bebas untuk melakukan apa-apa agenda yang elok dengan aman tanpa sekatan atau rasa takut.

"Saya harap dapat menyumbang kepada industri hiburan tanah air dan menghasilkan video yang menyedarkan dan menyatupadukan semua pihak," tambahnya.





Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG Syafiq Ahmad