Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim kelihatan semakin cantik dan berseri selepas disahkan hamil pada penghujung Mei lalu.

Mawar yang kini sedang hamil lima bulan telah berkongsi foto terbaru menerusi akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi.

Foto merakamkan wajah Mawar sedang tersenyum itu jelas menunjukkan 'baby bump' nya yang semakin membesar.

“Sampai ja harus la cari nasi kandaq. Sapa kat sini dah balik kampung? (Adoi kat perot tu tali seluaq ok jangan kecam na.),” tulisnya dalam bahasa utara.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pengikut IG Mawar mula meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.

Mereka juga turut mendoakan agar Mawar dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Fizo dan Mawar yang merupakan pengasas jenama tudung terkenal, Fareeda telah berkahwin pada November 2013.

@norainiropiae: Semoga ALLAH permudahkan urusan dan melancarkan perjalanan juga baby sihat, comey.

@dnurbeautyhouseipoh: Berseri madam Rose.

@zaitunudari: Macam nak dapat baby gurl aje tu @mawar_karim


Sampai ja harus la cari nasi kandaq ?. . Sapa kat sini dah balik kampung? . (Adoi kat perot tu tali seluaq ok jangan kecam na ????)

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

Foto: Instagram Mawar

Teks oleh: Mya Amri