Biarpun skuad Harimau Muda tumpas di tangan Thailand dalam perlawanan final bola sepak malam tadi, ia tidak pernah melenturkan harapan seluruh rakyat Malaysia.

Sokongan dan doa artis-artis tempatan yang sanggup berasak-asak di Stadium Shah Alam, Selangor bukti bahawa bola sepak menyatukan antara satu sama lain.

Antara artis yang turut memberikan sokongan bersama-sama penyokong Harimau Muda seperti Datuk Hans Isaac, Fattah Amin, Janna Nick, Monoloque, Zain Saidin, Shuib, Jep, Rahim, Elyana, Sweet Qismina, Intan Sarafina, Nuha AF, Radin Era FM, Nelydia Senrose dan Ruhainies.

Kami kongsikan momen-momen menarik sokongan tidak berbelah bahagi artis buat pasukan bola sepak Harimau Muda sempena Sukan Sea ke-29 KL2017.


















Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: Instagram