Chan Peng Soon bersama pasangan atlet regu campurannya Goh Liu Ying tidak perlu diperkenalkan lagi. Gandingan mereka di gelanggang badminton cukup serasi. Mereka berjaya menyumbang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 dan pasangan regu ini juga menjadi satu-satunya pasangan regu campuran yang berjaya ke peringkat akhir All England Open 2017.

Di sebalik senyuman kegembiraan saat nama mereka dinobat sebagai juara, tidak ramai yang mengetahui perit jerih yang dilalui para atlet untuk berada di kedudukan hari ini. Latihan intensif berjam-jam lamanya setiap hari, menjaga pemakanan dan lebih penting lagi mereka telah mengorbankan usia muda untuk menyumbang kepada negara.



Air mata yang tumpah sudah tidak terkira banyaknya. Titisan peluh juga ibarat teman setia, tanda kegigihan dan usaha keras setiap hari. Bukan sedikit keringat yang membasahi jersi atlet seperti Peng Soon. Peluh dan kotoran yang melekat pada jersi jika tidak diuruskan dengan baik pastinya menjejaskan keselesaan dan tumpuannya dalam memburu pingat emas buat negara.



Jersi memainkan peranan penting kepada atlet. Jersi yang selesa, bersih dan memberikan haruman segar berpanjangan membuatkan Peng Soon lebih yakin dan fokus dalam mencari taktik terbaik untuk mengumpul mata serta bergerak aktif menguasai gelanggang.



Dengan adanya pencuci TOP, Peng Soon tidak perlu rungsing tentang kebersihan jersi dan boleh kekal fokus dalam latihan dan pertandingan yang akan datang.



TOP, berkesan menghilangkan 99.9%* bakteria, kotoran dan bau peluh serta memberikan kesegaran berpanjangan. Lihatlah bagaimana pencuci TOP mampu membantu Peng Soon untuk kekal fokus dan beraksi dengan yakin tanpa perlu risau tentang pakaian kotor serta berbau.