Nabila Huda Tidak Sangka Senduk Bentuk Gitar Jadi Perhatian

21 Oktober 2016. 6.10 PM
89,343
Hiburan
Nabila Huda Tidak Sangka Senduk Bentuk Gitar Jadi Perhatian

Pelakon Nabila Huda tidak sangka senduk berbentuk gitar yang digunakan olehnya ketika memasak menjadi perhatian peminat.

Menurut Nabila, dia gemar berkongsi pelbagai jenis video masakan di akaun Instagram (IG)nya untuk tatapan peminat namun tidak terfikir langsung mengenai peralatan memasak tersebut.

“Saya memang suka memasak tapi tak sangka pula senduk bentuk gitar tu pengikut IG suka.

“Saya perasan juga ramai yang komen dan bertanya mengenai senduk itu sebab mereka kata bentuknya unik.

“Sebenarnya senduk tu hanyalah perhiasan rumah tapi bila saya tengok benda itu cantik saya pun buatlah jadi senduk.

“Rasa macam ‘cool’ pula bila memasak pakai ‘gitar’,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil ini memberitahu dia membeli senduk tersebut ketika mengacarakan program travel Awak Kat Mana pada Ogos tahun lalu.

“Saya ini sejenis yang tidak suka membeli-belah ketika melancong di luar negara sebab saya lebih suka mencari perhiasan seperti ‘fridge magnet’ dan barang-barang unik.

“Jadi bila kita terlibat dengan program ‘travel’ ni pastilah kita akan masuk ke kedai-kedai yang kita tak sangka akan pergi ketika melancong sendirian.

“Satu hari itu kami ada pergi ke satu kedai muzik tapi saya tak ingat di negara mana, bila masuk saya ternampak perhiasan berbentuk gitar ni dan terus membelinya.

“Tapi itulah saya pun tak tahu macam mana dapat idea nak jadikan perhiasan tu sebagai alat memasak,” ujarnya ketawa.

Teks oleh: Mya Amri


Butter 🍤 for lunch!

A video posted by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Artikel Berkaitan


Komen