Pelawak Achey dari kumpulan Bochey memberikan amaran keras kepada mereka yang merompak filem Abang Long Fadil 2 yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Penerbit filem Abang Long Fadil 2, Astro Shaw dan Skop Production sudah dua kali membuat laporan polis terhadap individu yang memuat naik rakaman filem tersebut di laman sosial.

"Mereka sebenarnya mencuri dan merompak tanpa mereka sedari. Sebelum bermulanya sebuah filem pun sudah ditekankan untuk penonton menutup telefon bimbit sebelum tayangan bermula.

"Saya memberikan amaran keras kepada mereka yang berniat untuk melakukan perkara ini agar mematikan sahaja hasrat mereka. Penjenayah sebegini senang untuk dikenal pasti dan akan ditangkap," kata Achey.

Tambah Achey, dia turut merasakan kekecewaan apabila wujudnya segelintir penonton yang tidak bertanggungjawab.

"Saya sebagai pelakon rasa kecewa, apatah lagi penerbit filem yang mengeluarkan duit untuk menyiapkan filem ini.

"Modal untuk menghidupkan sesebuah filem bukannya memerlukan wang yang sedikit. Modal yang dikeluarkan berjuta ringgit," katanya ketika ditemui di sidang media Super Spontan Superstar 2017.

Bertindak selaku ketua kumpulan Tenggiling Taiko, Achey tidak sabar menantikan Super Spontan Superstar 2017 bermula.

"Sejujurnya, saya rasa tak sabar menantikan program ini. Biarpun saya pernah menyertai Super Spontan, program ini ada kelebihan tersendiri.

"Setiap idea yang dilontarkan memerlukan kami sebagai pelawak untuk bertindak spontan dalam memenangi sesebuah permainan. Selain itu, ramai juga rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam Super Spontan Superstar," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Treler Rasmi filem Abang Long Fadil 2 #JanganBilangKamiTakPayung #AbangLongFadil2 #ALF2 ABANG LONG FADIL 2 DI PAWAGAM 24 OGOS 2017 @skopproductions_official @astroshaw @astrogempak @officialhlive @era_fm

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Dibawah pimpinan Abang Long @acheykintangkintung , #TenggilingTaiko tak gentar hadap mana2 cabaran. #SuperSpontanSuperstar 2017

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Akan datang 8.9.2017 di Astro Warna & Warna Hd. #SuperSpontanSuperStar 2017

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on