Dua gadis Nur 'Athiyah (Thia) dan Fifie Hafizzah (Fifie) diberikan RM300 untuk melakukan cabaran tabung dalam rancangan Let's Du It minggu ini.

Dalam cabaran itu, mereka dikehendaki membuka tiga buah tabung projek jangka pendek dan berkongsi kepada penonton nama tabung dan jumlah wang yang disimpan dalam ketiga-tiga tabung itu.

Thia, 24, mengagihkan RM150 untuk tabung percutian, RM50 untuk tabung kecemasan dan RM100 untuk membeli-belah alatan solek.

Manakala Fifie mengagihkan RM100 untuk tabung kecemasan, RM50 untuk tabung keluarga dan RM50 untuk persendirian.

Kedua-dua gadis itu akan menyahut cabaran terjebak membeli belah untuk barangan yang tidak dirancang.

Pada minggu hadapan pula, Razif dan Sherry bersama dua pasangan yang bakal menimang cahaya mata akan diberikan cabaran untuk membuat keputusan membeli barangan kelengkapan bayi di kedai yang mengadakan jualan murah.

Let's Du It merupakan sebuah rancangan realiti kewangan yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Razif.

Cabaran akan diberikan kepada setiap peserta setiap minggu berdasarkan tema tertentu berkisar masalah yang sering dihadapi orang awam setiap hari.

Penonton akan menyaksikan peserta menyahut cabaran untuk membelanjakan wang dengan bijak dan menyimpan secara konsisten.

Jangan lepaskan peluang menonton rancangan realiti kewangan Let's Du It setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.