Minggu ini khas buat tatapan pembaca, Astro Gempak membawakan cerita pendek terbaru untuk segmen #GempakCerpen.
Bersempena cuti hujung minggu kali ini, kami paparkan cerpen karya Wani Ardy berjudul Bila Dunia Berhenti Bergumpal.
Selamat membaca!
*****
Aku dah lama tak solat.
Kalau ayah tahu, lunyai aku ditibai. Sebenarnya selain tak solat, ada banyak lagi
perkara yang boleh mengakibatkan aku ditibai. Ke kelab malam, contohnya, dengan
pakaian singkat dan jarang. Menari dibuai muzik dengan bau rokok melekat di jari.
Tapi itu aku yang dulu. Aku yang tidak terlalu lama dulu. Hari ini aku seorang
pensyarah di sebuah kolej swasta. Namun bukanlah bermaksud jawatan ahli
akademik itu menamatkan gaya hidup aku yang galak, kerana sejujurnya gaya hidup
sebilangan pensyarah di kota metropolitan “boleh tahan” juga. Kucing liar dalam diri
aku ini sebaliknya telah didiamkan dan dijinakkan oleh kehilangan seseorang.
Hubungan yang berusia lebih satu tahun barangkali kedengaran mentah, tapi aku
secara peribadi bukan di peringkat mencuba-cuba lagi. Jika setiap satu tentang dia
sudah cukup di mata hati aku, apa lagi yang aku mahu? Lagipula kami baik-baik saja
(atau sekurang-kurangnya itu yang aku rasa); lengkap tangis tawa, payah mudah
bersama. Hubungan kami bukan jarak jauh, rahsia, atau kabur. Hubungan kami
normal, sedar, dan penuh maklum. Mungkin kerana itu aku menelan masa yang
agak panjang untuk menghadam lenyapnya dia secara tiba-tiba, tanpa secebis pun
tanda. Entah hidup, entah mati - aku tidak tahu. Malam-malam yang lazimnya terisi
dengan kami berdua di kaki lima kompleks, rumah makan sayuran, dan pesta muda-
mudi, mendadak berubah menjadi sepi, dengan aku seorang diri sama ada
menelefon sana-sini mencari jawapan, atau sekiranya keletihan, rebah saja meratap
nasib hingga terlena.
“Dia OK, Wani. Dia sihat. Dia cuma tak ready nak jumpa kau. Tak tahulah...”
Terduduk aku mendengar perkhabaran dari sepupunya yang merupakan sahabatku.
“Ha? Tak ready apanya? Aku tak faham. Tiba-tiba je hilang, aku risau, tahu tak?”
2
Airmata aku murah dan tumpah lagi entah untuk kali yang ke berapa dalam sehari.
“Aku tak tahu! Aku tak tahu. Bagi dia masa. Tapi dia OK. Dia bukan accident or
sakit. Dia OK. Part tu kau jangan risau.”
AKU yang tak OK. Perkhabaran ini membunuh lagi jiwa aku yang dah sedia mati.
Dalam fasa kebuntuan akal dan kepasrahan hati inilah, aku menemui Tuhan. Ya,
memang tipikal, tapi lantaklah - aku peduli apa? Kalau dah saban hari ke tempat
kerja dengan muka pucat, mata bengkak umpama ditumbuk, serta sepasang bahu
yang jatuh membongkok seperti ada hantu bertenggek di atasnya, aku nak malu apa
lagi? Dengan rupa yang dah begini, aku nak sombong apa lagi? Aku dah tak tinggal
apa.
Sebelum semua ini terjadi, pernah sekali dua dulu aku sebut pada Allah Ta’ala:
Tuhanku, kalau sampailah satu hari nanti aku lupa diri, terbang tinggi tak jeling
ke bumi, tolonglah jatuhkan aku. Tolonglah turunkan aku dari angkasa supaya
aku renung asal-usulku. Tolong jangan dibiar aku hanyut dan menjauh, ya Allah.
Ternyata, kata-kata itu doa. Pesan orang tua; berhati-hati dengan apa yang kita
minta.
Dan dalam hal ini, aku sedikitpun tidak menyesal. Mungkin inilah dia kejatuhan aku.
Merata kau cari jawapan, Wani. Semua kau dah cuba, kecuali solat. Solatlah,
Wani.
Memang tersentap mendengar bisik naluri sendiri - dah terpuruk barulah nak ingat
Tuhan - tapi aku ambil ayat ayah: “Kita ni jangan kedekut untuk balik pada Allah.”
Lalu aku balik. Aku pulang. Aku kembali solat dan mulai itu aku rasa semacam haus
sentiasa. Hauskan perhatian Tuhan, hauskan interaksi dengan Tuhan, hauskan
kedamaian yang pada aku cuma solat mampu berikan. Aku tampil buat kali pertama
3
di surau kolej dan berkenalan mesra dengan wajah-wajah yang setia. Pensyarah,
pelajar, pencuci tandas. Tidak ramai, namun senyuman masing-masing cukup
melapangkan. Waktu solat adalah satu-satunya waktu bilamana dunia renyuk aku
berhenti bergumpal. Tiap kali selesai solat, aku resah menunggu waktu solat yang
seterusnya. Habis Subuh, cepatlah Zohor… Habis Zohor, cepatlah Asar… dengan
kaki yang berdetik-detik seperti orang kegemuruhan atau sedang menahan diri dari
membuang air kecil. Kestabilan emosi dan keamanan mental aku betul-betul
bergantung kepada solat. Aku sudah kurang acuh tentang mencari jawapan tadi; aku
lebih tertumpu kepada merisik ketenangan. Tambahan pula, sudah banyak hari dan
minggu berlalu. Aku sudah tidak mengharap apa-apa. Aku belajar ertikata redha.
Dan waktu itulah dia datang.
Saat namanya timbul dalam peti SMS, degup jantung aku tersangkut. Pen dakwat
basah yang aku gunakan untuk menanda tugasan para pelajar dilabuhkan ke tepi
serta-merta. Tarik nafas dan bersandar. Berkira-kira sebelum mengetik SMS itu.
“Hi Wani. How are you? ”
Wow.
“Hi Wani” ?
“WANI” ?
Instead of the usual “you” or “yang” that you had been using for over a year?
Wow.
“How are you”
Smiley face.
4
Just wow.
Kita berdua sudah jadi orang asing.
“Hey there. Good, alhamdulillah.”
Aku sedaya upaya berlakon biasa.
“Am I bothering you? Are you busy?”
How very thoughtful. Should’ve asked me a month or two ago, maybe?
“Nah, just marking assignments as usual.”
Mestilah buat-buat tak hairan, kan?
“I see. So, anyway, I’m thinking we should meet up…
you know why. Maybe tomorrow night. Will you be free?”
YOU THINK SO?
OH I KNOW WHY.
“Tomorrow night? Let me check my schedule ya?’
5
Padahal satu-satunya perkara yang aku perlu periksa waktu ini bukan jadual kerja
tapi jadual jiwa. Cukup kuatkan aku untuk berjumpa dengan orang yang
menghancurkan kesejahteraan aku? Dia fikir dia hantu? Boleh muncul-ghaib bila-
bila masa dia suka?
“Yup, I can do tomorrow night.”
Sekali lagi, mestilah pura-pura sibuk.
(Sebetulnya memang sedang sibuk pun, kerja sentiasa menimbun dan menggunung.
Namun kita tidak pernah terlalu sibuk untuk orang yang kita cinta, kan? Ah, setan.)
“Thank you. Where do we meet?”
Membaca pertanyaan ini aku sudah tidak terbayang tempat lain lagi selain daripada
tempat pertama kami bertemujanji sebagai pasangan dulu. Patutkah aku? Berani?
Selamba.
“Yellow Cab Pizza? 8pm.”
Balasan SMS-nya kali ini memakan sedikit masa berbanding yang sebelumnya.
Alamak, silap langkah ke?
Akhirnya dia bersuara.
6
“OK. See you soon.”
Aku menghela nafas lega. Nasib baik.
“See you. Bye.”
Berderau darah. Kurenung satu persatu barisan SMS darinya, seolah tidak percaya.
*
Setibanya di rumah dari kantor, aku duduk bermuhasabah dan menyoal diri:
Kau masih nakkan dia, Wani?
Walaupun jiwa aku serba tidak tenteram, serba tidak kena, namun syukur mindaku
masih lurus. Bila difikirkan, ada bagusnya tempohari dia hilang buat sementara
waktu. Aku tiada pilihan lain. Secara tidak langsung ia memaksa aku untuk
bertenang dan berserah. Begitu jua dia, tidak diberi kesempatan melihat sisi diri aku
yang berkecamuk. Dia tidak menyaksikan bagaimana aku mengongoi siang dan
malam umpama perempuan hilang pedoman, apatah lagi melihat perjalanan aku
dari sesat ke solat. Tuhan menutup aibku, kelemahanku. Tuhan juga yang
mewaraskanku.
Aku nak baiki apa yang boleh dibaiki. Aku nakkan dia kalau dia nakkan aku.
Kerana dari minit pertama dia mengaburkan diri, orang pertama yang salahnya aku
cari adalah aku; bukan dia. Kerana aku sedar kekurangan diri. Kerana aku percaya
ianya pasti disebabkan oleh ketololan aku. Kerana aku dibesarkan dengan
pemahaman dan ajaran bahawa, kalau orang menyakitkan kita, kita perlu tanya
diri- apa yang telah kita lakukan pada dia? Tanpa angin, pohon tidak akan
bergoyang.
7
Maka aku tekad. Aku bulatkan hati untuk menjernih keadaan. Bukan menaruh
harapan, tidak, tapi sekadar mahu berusaha hingga ke hujungnya. Agar apa pun
keputusannya nanti selepas pertemuan ini, aku tahu aku sudah cuba yang terbaik.
Tiada apa yang perlu disesalkan.
Amri Hassan
Sun Aug 27 2017
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...