Selepas 3 Tahun, Lee Min Ho Jadi Kaki Tipu

21 Oktober 2016. 7.36 PM
27,550
Hiburan
Selepas 3 Tahun, Lee Min Ho Jadi Kaki Tipu

Setelah hampir tiga tahun menyepi, aktor kacak Lee Min Ho berubah menjadi seorang jejaka yang kuat menipu.

Jangan risau kerana tabiat menipu itu merupakan karakter terbaru Lee Min Ho dalam drama bersiri terbaru berjudul Legend of The Blue Sea.

Legend of The Blue Sea yang mengangkat tema romantik fantasi ini mengisahkan mengenai seorang puteri duyung yang muncul di kota buat pertama kalinya.

Lee Min Ho bergandingan di samping aktres Jun Ji Hyun yang membawakan watak sebagai ‘mermaid’.

Menerusi laporan Soompi.com, Lee Min Ho tidak sabar untuk menantikan reaksi peminat yang sudah lama menunggu kemunculannya dalam drama bersiri.

"Saya gementar dan tidak sabar untuk menantikan maklumbalas orang ramai. Sudah tiga tahun saya tidak berlakon dalam drama bersiri.

“Kali terakhir saya muncul dalam drama bersiri adalah menerusi The Heirs pada tahun 2013,” ujar Lee Min Ho.

Menariknya, menerusi drama bersiri ini, Lee Min Ho menjayakan dua karakter iaitu seorang jejaka yang dilahirkan dalam keluarga berada dan juga seorang jejaka yang selalu menipu.

“Saya memegang dua karakter yang mempunyai perwatakan berbeza. Menerusi watak seorang penipu, saya berharap agar saya dapat menonjolkan sisi berbeza lakonan saya. Semoga peminat dapat menantikan kemunculan semula saya,” katanya lagi.

Jangan lupa untuk menantikan kemunculan drama bersiri Legend of The Blue Sea yang akan ditayangkan pada 16 November ini.

Olahan: Kamaruddin Razal

Sumber: Soompi.com






Artikel Berkaitan


Komen