Penyanyi Siti Nordiana mengakui rapat dengan Fikry Ibrahim semenjak menjadi pengacara bersama dalam program Gema Gegar Vangaza.

Menurut Nana, hubungan yang terjalan diantara mereka hanyalah atas dasar kerja serta tidak lebih daripada seorang kakak dan adik.

"Kami memang rapat sejak menjadi pengacara bersama dulu dan saya juga rapat dengan pengurusnya.

"Hubungan kami memang rapat tapi hanyalah sekadar kawan atas dasar kerja dan agak mustahil sebenarnya untuk kami bercinta kerana saya dah anggap Fikry sebagai adik saya memandangkan usia kami amat berbeza.

"Perkara itu juga memudahkan kami untuk bertukar pendapat untuk membawa watak dalam telemovie terbaharu Cakelat Semanis Honey.

"Tak mungkin wujud cinta lokasi sebab kalau ada dari awal masa kami jadi pengacara lagi dah wujud," katanya kepada Astro Gempak.

Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Gempak di The Bee, Publika, baru-baru ini.

Pada majlis itu, platform digital hiburan nombor satu Malaysia, Gempak telah memperkenalkan wajah baharu dan melancarkan aplikasi Gempak yang boleh dimuat turun secara percuma.

Menerusi aplikasi Gempak, pelbagai kandungan eksklusif, video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup dan siri televisyen tempatan dan luar negara boleh diakses dengan lebih pantas.

Aplikasi Gempak boleh dimuat turun di Google Play Store (Android) dan Apple App Store (iPhone) secara percuma!

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi