Aktor Hollywood, Mark Wahlberg telah dinobatkan sebagai pelakon yang menerima bayaran paling mahal di dunia tahun 2017, menerusi senarai yang dikeluarkan oleh Forbes baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Mail, Wahlberg telah memperoleh pendapatan sebanyak RM291 juta selepas membintangi dua filem Daddy’s Home 2 dan Transformers: The Last Knight pada tahun ini.

Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai 'The Rock' pula menduduki tempat kedua selepas menerima pendapatan sebanyak RM278 juta menerusi dua filem yang dilakonkan pada tahun ini iaitu Jumanji dan Baywatch.

Sementara itu, bintang Fast and Furious, Vid Diesel, berada ditempat ketiga apabila menerima bayaran sebanyak RM233 juta selepas membintangi filem xXx: The Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Pelakon komedi, Adam Sandler, pula menduduki tempat keempat selepas menerima pendapatan sebanyak RM216 juta, hasil kerjasamanya dengan Netflix dan bintang filem aksi, Jackie Chan menduduki tempat kelima dengan jumlah pendapatan sebanyak RM209 juta.

Sumber: Daily Mail