Aksi juara Keirin Dunia Azizulhasni Awang memanjat pokok semata-mata untuk memberi sokongan kepada dua pelumba berbasikal wanita Ju Pha Som Net dan Nurul Shuhada Zainal menjadi perhatian ramai.

Azizulhasni hadir menyaksikan acara berbasikal Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Semangat "The Pocket Rocketman" itu membuat orang ramai yang hadir memberi sokongan kagum.

Rata-rata penonton yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar gelagat Azizul yang berdiri di atas pokok dan mereka menganggap aksi tersebut melucukan.

Dalam acara yang berlangsung itu, Ju Pha, 24, menamatkan saingan 101.5 kilometer itu dengan catatan masa 3 jam 14 minit dan 16 saat (3:14:16) di belakang juara bertahan daripada Vietnam Nguyen Thi That, 24, yang meraih emas acara itu, yang turut merekodkan masa yang sama.

Ju Pha ketinggalan satu tayar di belakang Thi That, yang juga pemenang pingat emas ketika sampai di garisan penamat.

Pelumba daripada Indonesia Priatna Ayustina Delia yang turut merekodkan masa yang sama iaitu 3:14:16 terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk meraih gangsa.

Marilah kita sama-sama menyokong atlet-atlet yang bertanding pada temasya sukan SEA Kuala Lumpur kali ini.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

・・・ Supporting my team mate #LIKEABOSS . #bangkitbersama #risingtogether #kitajuara #winningmentality #strengthandhonour #teammas #PoweredByISN ・・・ #KL2017 Juara Keirin Dunia @azizulawangofficial sanggup memanjat pokok bagi memberikan sokongan padu kepada dua pelumba berbasikal wanita Ju Pha Som Net dan Nurul Shuhada Zainal yang bertanding dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita di Dataran Nilai di sini. Gelagat "The Pocket Rocketman" itu menarik perhatian orang ramai yang hadir memberi sokongan kepada pasukan negara, sehingga ada dalam kalangan mereka menggunakan peluang mengambil gambar Azizul yang berdiri di atas pokok.

A post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on