Hafiz Suip Kini Jual Baju, Isteri Jadi Model

21 Oktober 2016. 8.00 PM
76,486
Hiburan
Hafiz Suip Kini Jual Baju, Isteri Jadi Model
Penyanyi Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip,26, akui dia dan isterinya, Nureffy Jasreel kini menjalankan perniagaan menjual pakaian wanita.

Hafiz Suip berkata idea untuk meniaga pakaian wanita itu berasal daripada isterinya dan dia sebagai suami menyokong sepenuhnya.

"Sebenarnya perniagaan ini baru sahaja kami mula pada September lalu. Namun kami hanya lakukan secara online iaitu menerusi laman sosial Instagram sahaja.

"Saya mengambil peluang sebagai artis untuk menyokongnya sahaja serta menolong mempromosi perniagaannya kepada peminat saya.

"Namun semua pemilihan material dan design dilakukan oleh isteri saya tidak campur tangan dalam hal itu.

"Alhamdulilah sudah lebih sebulan perniagaan dijalankan, saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat dan penyokong di Instagram," kata Hafiz ketika dihubungi Astro Gempak.

Pakaian wanita yang dijual di laman Instagram akaun bernama he.collection itu bagaimana pun menampilkan isterinya sebagai model dalam koleksi Snowbell dan Bella.

Pelantun lagu Awan Nano itu berkata dia tidak kisah menampilkan isterinya sebagai model asalkan pakaian yang diperagakan sopan dan tidak menjolok mata.

"Saya membenarkan dia untuk menjadi model untuk pakaian wanita yang kami jual. Lagipun pakaian yang kami jual adalah sopan dan lebih muslimah.

"Saya pun percaya isteri saya tahu menjaga batas-batas sebagai seorang isteri," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Hafiz kini dalam proses menyiapkan album terbarunya yang bakal muncul tahun hadapan.

Teks oleh: Syafiqah Jalal





Artikel Berkaitan


Komen