Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.

Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa mengubah landskap hidup golongan belia ini.

Sempena minggu ini, penulis sensasi Seksi Ovari, Fazleena Hishamuddin dipilih untuk berkongsikan pengalamannya sepanjang bergelar anak seni.

Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Fazleena.

1) Hantu laksa

Fazleena merupakan seorang penggemar tegar laksa dan lebih sukakan mi berbanding nasi.

"Saya juga bukan seorang penggemar kopi sebab ia akan membuatkan saya sakit kepala," katanya yang mudah gayat.

Penulis itu juga peminat kucing. Dia membela dua ekor kucing bernama Teja dan Wangi di kediamannya yang ditatang seperti anak sendiri.



2) Tan Sri P. Ramlee

Idola Fazleena ialah seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

"Beliau seorang artis serba boleh dan saya percaya setiap manusia mempunyai pelbagai kebolehan dan bakat untuk digunakan semaksimum mungkin," katanya.



3) Penulis ikut mood

Fazleena menyifatkan dia seorang penulis yang 'malas'.

"Saya menulis apabila ada mood. Tetapi jika ada deadline saya paksa diri dan saya boleh menulis dimana-mana sahaja asalkan sunyi.

"Jika melibatkan penulisan berat seperti kerja, saya akan menyewa hotel atau homestay untuk menulis sepanjang hari," katanya.

4) Seksi Ovari karya rapuh

Buku sulungnya, Seksi Ovari merupakan karya yang dihasilkan ketika dirinya sedang rapuh dan melihat perhubungan sebagai sesuatu yang kompleks.

"Ramai pembaca yang datang kepada saya dan memberitahu mereka boleh menghubungkaitkan dirinya dengan Seksi Ovari, terutama perempuan.

"Jadi setiap kata-kata yang keluar daripada seorang wanita itu benar-benar bermakna.

"Seksi Ovari bukan sebuah buku puisi tetapi kutipan kata-kata yang saya rangkul dengan jujur dan empati," tambahnya.



5) Golden dreams

Fazleena telah mencuba pelbagai bidang seni seperti pengacaraan, lakonan, mendeklamasi puisi, penulisan korporat dan teater.

"Pada usia sekarang saya lebih banyak ingin terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Memberikan ilmu yang saya ada kepada anak-anak terpinggi dan remaja yang memerlukan," jelas Fazleena.






Teks oleh: Amri Hassan