Pelakon Shah Rukh Khan dilaporkan terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat pengedar filem, NH Studioz selepas filem terbaharunya, Jab Harry Met Segal, kurang mendapat sambutan.

Menurut laporan Bollywood Life, filem yang menjalani penggambaran di Eropah itu gagal mendapat kutipan yang memberangsangkan.

"Shah Rukh Khan mungkin terpaksa membayar sejumlah wang untuk menampung kerugian yang dialami oleh pelabur filem berkenaan.

"Filem itu juga dikatakan mengalami banyak kerugian disebabkan kurang promosi dijalankan berbanding filem-filem yang lain.

"Ini merupakan kekecewaan berganda buat Shah Rukh Khan kerana tahun lalu filem Diwale juga mengalami kerugian sehingga dia terpaksa membayar 50 peratus ganti rugi kepada pengedar filem itu," kata sumber.

Nampaknya kes ini masih dalam perbincangan diantara kedua-dua pihak dan mereka akan memberi kenyataan kepada media dalam masa terdekat.

Sumber: Bollywood Life