Kejayaan pasukan Malaysia yang menumpaskan pesaing sengit Singapura pada perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA KL2017 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam menarik perhatian ramai.
Malaysia meraih gelaran juara dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa atlet bola jaring negara.
Nama salah seorang atlet bola jaring Malaysia, An Najwa Azizan menjadi sebutan selepas kejayaan pasukan bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.
An Najwa menjadi salah seorang penjaring yang mencuri tumpuah di perlawanan akhir bola jaring semalam.
Kami kumpulkan sembilan fakta menarik mengenai An Najwa:
1. An Najwa Azizan dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Berketinggian 178 sentimeter, An Najwa mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.
2. Gadis ini mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun. Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.
3. An Najwa dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.
4. Ditanya rahsia berjaya menghasilkan gol setiap kali memegang bola, An Najwa tidak fikirkan perkara lain. Dia hanya fokus untuk memasukkan bola ke dalam jaring.
5. An Najwa mendedahkan yang pasukan bola jaring wanita menjemput lelaki untuk menjadi lawan mereka semasa sesi latihan kerana perkara tersebut memberikan lebih intensiti. Ia sangat membantu kerana pasukan lelaki selalu 'main kasar', jadi secara tidak langsung pasukan bola jaring wanita terpaksa push diri sendiri untuk menyamai pasukan lelaki.
6. Jika bukan atlet, An Najwa mungkin akan menjadi seorang penyanyi kerana dia suka menyanyi. Namun begitu, An Najwa tidak pernah menyertai sebarang pertandingan. Selain itu, gadis ini juga menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau ahli perniagaan.
7. An Najwa suka makan dan menyifatkan makan sebagai hobinya.
8. Sebenarnya, An Najwa seorang atlet yang sangat malas untuk menjalani sesi latihan. Namun begitu, dia terpaksa melalui sesi tersebut kerana latihan akan membantu pasukan bola jaring untuk berjaya.
9. An Najwa seorang yang 'superstitious'. Ada beberapa rutin yang perlu dilakukan sebelum perlawanan, antaranya mandi dan mendengar muzik. Jika tidak, An Najwa akan rasa tidak sedap hati, seolah-olah akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Astro Awani, Instagram @anazizan12
Kamaruddin Razal
Mon Aug 21 2017
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.