Pelakon drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Datin Seri Zizie Izette akui teruja dan berkongsi pengalaman hamil anak kembar.

Zizie yang terkenal dengan watak Puan Sri Mawar ini menceritakan pengalamannya menerusi entri terbaru akaun Instagramnya.

Kata Zizie dia semakin merasai perubahan pada dirinya yang kini semakin kuat makan dan cepat berasa letih.

Bagaimanapun tambah Zizie, perkara itu tidak menghalang dirinya untuk kekal aktif melakukan aktiviti harian.

The day I suspected I was pregnant. It was on the 1st of June while I was shooting "Hero Seorang Cinderella". Rasa mcm malas & penat sgt nk dtg shooting, pastu kuat makan! ? Sbb tu kalau perasan badan saya naik mendadak pertengahan episode HSC. Lebih kurang episod 12 keatas kalau x silap. ? Morning sickness tu jgn ckp lah mcmana. But hey! No complaints, I hv been waiting for this moment for a very long time. Jd segala sakit pening saya, saya terima dgn rasa syukur. Alhamdulillah... In shaa allah, dlm setiap doa saya, saya x pernah lupa mendoakan rakan2 maupun wanita diluar sana yg sdg berusaha utk mendapatkan zuriat mereka sendiri, semoga Allah memberi rezeki utk anda juga. In shaa allah.. #kongsicerita

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on


Dalam pada itu menerusi satu lagi entri terbaru yang dimuat naik, Zizie memberitahu berat badannya kini mencecah lebih 70 Kg.

70++ kg!! ?? Wonder how I look when I'm in my 3rd trimester. ?? #secondtrimester

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on


Menerusi ruangan komen, peminat mendoakan agar Zizie dan bayi dalam kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Teks oleh: Mya Amri