Lawak solo dilihat berjaya mencuri perhatian penonton apabila kebanyakan netizen mengakui rancangan ini lebih hebat dari jangkaan.

Menerusi laman sosial Twitter, ramai memuji kehebatan para peserta menyampaikan persembahan secara solo di atas pentas.

Meskipun ini merupakan minggu pertama kebanyakan penonton amat berpuas hati dengan persembahan dipamerkan para peserta.

Rata-rata mengakui tidak sabar menantikan persembahan pada minggu hadapan untuk melihat para peserta beraksi di pentas Lawak Solo.

Komen daripada juri juga dilihat amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh para peserta.

Program ini juga telah menjadi tending di twitter dengan menggunakan #lawaksolo.

Fazura telah dijemput sebagai juri jemputan pada minggu ini bergandingan bersama dua orang juri tetap iaitu Datuk Ac Mizal dan Saiful Apek.

Lawak Solo disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.







Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi