Penyanyi Amerika Syarikat, Joe Jonas, 27, akui pernah ketagih melayari laman web porno ketika diusia remaja.

Joe Jonas berkata kepada Nation Magazine, dia turut meletakkan alamat rumah setiap kali memasuki laman web porno sehingga menyebabkan dia menerima kiriman gambar-gambar bogel.

Oleh kerana itu ahli kumpulan Jonas Brothers tersebut telah dimarahi oleh bapanya setelah ia sampai ke pengetahuan bapanya.

"Saya memasukkan alamat rumah sebenar setiap kali melayari laman web porno itu sehinggakan datang berbagai surat dan gambar lucah ke rumah.

"Bapa saya pula seorang yang kuat agama terkejut menerima gambar-gambar itu dan memarahi perbuatan tersebut. Bukan itu sahaja pengirim surat turut menghantar perkataan-perkataan lucah di hadapan surat," katanya.

Bagaimana pun Joe mula meninggalkan tabiat tersebut sedikit demi sedikit selepas meningkat dewasa.

Sumber: Nation Magazine

Olahan Oleh: Syafiqah Jalal