Siapa sangka permintaan suami yang mahu A&W membuat perkhidmatan penghantaran makanan kepada isterinya dibalas oleh pihak makanan segera itu menerusi media sosial, Facebook.

Ia bermula apabila si isteri yang menggunakan nama Suziana Ismail di Facebook menaikkan status merayu agar A&W membuat perkhidmatan penghantaran makanan menerusi Foodpanda.

Rayuan itu dibalas oleh suaminya, Taufiq Talib yang turut merayu kepada pihak makanan segera itu untuk membuat perkhidmatan penghantaran.

Si suami merayu kerana sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk menuruti kehendak isteri yang memintanya membeli hidangan di A&W, jauh di kawasan bandar Kuala Lumpur.

Namun Taufiq memberitahu demi isterinya dia sanggup merempuh kesesakan lalu lintas di ibu kota dengan hanya menaiki motorsikal semata-mata untuk membeli kentang 'curly fries' di A&W.

Bagaimanapun, rayuan suami isteri itu didengar A&W apabila pihak mereka membalas dan memberitahu Suziana bertuah kerana mempunyai suami yang sanggup berkorban seperti Taufiq.

Suziana yang terkejut dengan respon itu kemudian mengambil gambar paparan perbualan itu.

Berikut merupakan perbualan tersebut: