Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa telah diberi penghormatan sebagai pembaca ikrar pada upacara pembukaan temasya penuh gemilang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), malam esok.

Apa agaknya kelebihan dimiliki kelebihan pemuda berusia 25 tahun kelahiran Johor ini sehingga dia dipilih untuk mengetuai bacaan ikrar para atlet?

Yang Astro Gempak tahu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memilih Nauraj kerana ketinggiannya!



Tapi tak kan itu sahaja? Ciri lain?

Okay, di bawah merupakan lima fakta kenapa Nauraj dipilih:

1. Nauraj dilihat sebagai atlet yang menyerlah dalam program Kita Juara sehingga melayakkan diri ke Program Podium. Nauraj adalah contoh atlet yang bermula dari bawah dan boleh jadi atlet bertaraf dunia.

2. Dengan ketinggian yang dimilikinya iaitu 1.93 meter, sudah pasti dia akan menjadi tumpuan ketika ikrar dibacakan! Tingginya.

3. Nauraj merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan 2015 di Singapura. Pastikan Nauraj mengekalkan pingat emas itu untuk KL2017 ini.



4. Ikrar akan dibacakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris. Penguasaan Nauraj dalam kedua-dua bahasa ini adalah baik dan kami yakin, dia tidak akan tersasul.

5. Pemilihan atlet berusia 25 tahun itu berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penglibatan Nauraj dalam sukan lompat tinggi antaranya dia merupakan satu-satunya atlet olahraga yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan mendapat tempat ke-18 dalam acara lompat tinggi pada penampilan sulungnya itu.

Sumber: RojakDaily