Semalam, 17.08.2017 merupakan tarikh bersejarah buat warga Gempak.com kerana aplikasi mudah alih ‘Gempak’ sudah boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store (buat pengguna Android) dan Apple App Store (buat pengguna iPhone).

Terima kasih kepada barisan artis dan ‘sosial media influencer’ yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis bersama kami.

Tidak lupa juga kepada ‘Gempak Fans’ dan Kaki Kipas Artis yang ‘sempoi’ sepanjang majlis berlangsung. Serius, korang memang havoc!

Wow @fattahaminz dan @alvinchong123 pun turut memeriahkan Majlis pelancaran All New Gempak ! Korang nantikan juga musim terbaru #TheHouse bersama mereka tau. #GempakTauSiapa

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Oh ya, kepada rakan-rakan media juga terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Astro dan tunggu sampai majlis habis! Terbaik!

Semua tetamu yang hadir ‘sporting’ jawab kuiz dan tahniah kepada tiga pemenang bertuah yang bawa balik banyak hadiah termasuk sebuah telefon pintar setiap seorang! Cayalah!



Kepada semua penaja iaitu Go Shop, Watson Malaysia, @sincerelybyusofficial @umma.my, @nita.cosmetics, @chubbeecloud, @myllaollao dan @gindacomalaysia yang telah melancarkan perjalanan majlis...terima kasih daun keladi, lain kali boleh lah taja lagi...Hehehe...

Kepada pembaca Gempak selama ini, jutaan terima kasih dari seluruh warga kerja Gempak. Tanpa anda siapalah kami. Sayang korang semua! (Psstt..dah daftar jadi Gempak Fan ke belum? Cepat daftar, banyak ganjaran menarik tau!)

Jom kami kongsikan foto-foto sempoi selebriti dan kemeriahan majlis yang berlangsung di The Bee, Publika semalam: