Esok malam bakal berlangsung acara pembukaan temasya Sukan Sea ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas infrastruktur stadium itu dinaik taraf setanding stadium antarabangsa, mungkin ada segelintir penonton yang sukar mengawal tingkah laku dan bereksperimentasi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Justeru, pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil telah menyampaikan peringatan kepada penonton yang hadir ke acara pembukaan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu menerusi akaun Instagram malam tadi.

Berikut merupakan pesanan mereka:

1) Pihak stadium memohon kerjasama kepada semua rakyat Malaysia dan asing yang akan datang ke stadium pada hari berkenaan supaya tidak menyentuh atau mengalihkan benda2 yang telah diletakkan di tempat duduk anda.

2) Benda yang diletakkan di tempat duduk anda itu adalah sebahagian gimik dan important prop utk opening ceremony nanti. Contoh dalam gambar adalah LED yg diletakkan di keseluruhan tempat duduk, jangan sentuh dan alihkan kerana LED ini sangat sensitif, jika salah satu tidak menyala ia akan menyebabkan kesukaran untuk membetuk corak.

3) Scanner body seperti di airport akan diletakkan di setiap venue Sukan Sea kali ini. Di pintu masuk stadium akan ada scanner tiket pula untuk memastikan tiada tiket palsu yang terlepas. Datang awal jika tidak mahu lambat masuk stadium.

4) Flash/laser juga tidak dibenarkan sama sekali semasa acara dilangsungkan. Minta kerjasama semua untuk beritahu kepada rakan2 yang akan hadir pada acara pembukaan ini. Sama-sama kita bangkit bersama! Jadikan Kuala Lumpur 2017 adalah yang terhebat! Ayuh rakyat Malaysia! Ubah mentaliti!








KL2017 telah membuka tirai perlawanan pada 14 Ogos lalu dan sehingga kini Malaysia mendahului pesaing lain dengan kutipan medal terbanyak.

Temasya itu akan berlangsung sehingga 30 Ogos hadapan dan lagu tema KL2017, Bangkit Bersama nyanyian Dayang Nurfaizah akan dipersembahkan buat kali pertama pada malam esok.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @stadium_bukitjalil