Lebih kurang 40 penjual atau vendor nasi lemak terbaik dari seluruh Malaysia bakal berkumpul dalam acara I Eat Nasi Lemak yang akan berlangsung di TM Convention Centre, Bangsar pada 5 November ini.

Acara tahunan itu sentiasa mendapat sambutan orang ramai apabila ia mengumpulkan nasi lemak terbaik daripada seluruh lembah klang, serta Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Penang dan Perak.

Kesemua nasi lemak ini dipilih antara yang terbaik daripada cadangan yang diberikan orang ramai di website firedchillies.com.

Antara yang turut serta daripada peniaga nasi lemak sekitar lembah klang adalah seperti Nasi Lemak Village Park, Nasi Lemak Tanglin Nasi Lemak Sinarnor, Nasi Lemak EK and Nasi Lemak Lesung Batu, yang dipercayai mempunyai keunikan serta keistimewaan rasa masing-masing.

Selain itu, nama-nama besar dan popualar nasi lemak daripada negeri lain yang turut serta juga adalah seperti Nasi Lemak Ujong Pasir dari Melaka, Nasi Lemak Habib yang popular apabila dimakan dengan sup tauhu dari Batu Pahat, Nasi Lemak Wak Kentut yang popular dengan ayam goreng dari Kulai Nasi Lemak Cik Pah Corner dari Batang Berjuntai dan Nasi Lemak Pendekar Mustar dari Penang.

Menariknya, pengunjung I Eat Nasi Lemak bakal rasai semangat seperti 'Hari Kantin' pada acara itu nanti kerana setiap pembelian adalah melalui kupon. Kupon itu boleh ditukarkan dengan pelabagi hidangan nasi lemak serta lauk dan minuman pada hari tersebut.

Kupon berkenaan boleh didapati lebih awal daripada friedchillies.com atau dibeli terus pada hari acara tersebut.

Teks oleh: Syafiqah Jalal