Isteri kepada Hafiz Hamidun, Joy Revfa telah meluahkan rasa hatinya di laman Instagram (IG) semalam.

Menerusi luahan tersebut, Joy menulis peranan seorang lelaki bergelar suami yang patut ditunaikan kepada seorang isteri.

Menurut pengusaha kosmetik itu, seorang isteri akan setia berkorban apa sahaja demi suami walau apa jua rintangan yang mendatang.

Joy juga seolah-olah kecewa dengan sikap ego lelaki yang menyembunyikan kelemahannya sehingga menyebabkan isteri teranaiya.

Selain itu Joy turut kesal mengapa wanita yang selama ini sanggup berkorban apa sahaja demi suami ditinggalkan terkapai-kapai ibarat anak kapal dibiarkan hanyut tanpa nakhoda.

Berikut merupakan nukilan hati yang ditulisnya:

[ Peranan Seorang Lelaki bergelar Suami ]

Jika telah terjadi akad pernikahan dengan syariat berpaksikan Allah swt yg suci, lelaki dianggap suami yang terakhir untuk seorang wanita. Dan disaat itulah, si isteri menyerahkan segala2nya jiwa & raga utk sang suami. Betapa semua wanita bercita-cita ingin menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga nanti. .

Seorang isteri tetap akan bersama suami tak kisah lah suami ada masalah kewangan, masalah layanan/batin mahupun apa segala jenis masalah, seorang isteri sanggup berkorban & harungi bersama.

Namun mengapa kelemahan yg ada pd lelaki itu tidak mahu diakui malahan menjadikan isterinya itu teraniaya dlm segala hal..? kenapa pergi menjauh..? Adilkah begitu..? wajarkah si isteri hanya berdiam diri sedangkan isteri lah yg tidak henti2 memberi semangat & sokongan waima si isteri tahu kelemahan & keaiban sebenar suaminya itu.. Memegang prinsip dan tggjwb sbg isteri dlm melindungi setiap perkara dlm rumahtangganya,isteri sanggup menerima ketidaksempurnaan itu.

Namun,pengakhirannya isteri yg sanggup berkorban dan setia utk masuk ke syurga Allah bersama suami, dipunahkan dgn ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai2 sendirian.. Ibarat nakhoda membiarkan anak kapal2nya hanyut dan mati di tengah lautan sedangkan anak kapal itu begitu taat setia kpd nakhodanya. Nilaikan dimanakah penghargaan & pengorbanan seorang isteri dimata hati suami..?

"Sesungguhnya tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia..."

Nukilan hati buat wanita2 diluar sana,
-Joy Revfa-


Entri yang dikemaskini Joy itu bagaimanapun mendapat perhatian netizen dan pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata meminta supaya dia bersabar dan kuat menghadapi dugaan mendatang.

Terdahulu, beberapa media dalam talian melaporkan mengenai kedudukan rumah tangga Hafiz apabila pasangannya, Joy memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.

Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.

Hafiz bagaimanapun memberitahu akan membuat kenyataan rasmi mengenai spekulasi keruntuhan rumah tangganya.

Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.