Skuad bola sepak lelaki Malaysia membanggakan negara dengan mencatatkan kemenangan kedua dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Shah Alam selepas menundukkan Singapura 2-1 malam tadi.

Singapura berpuas hati dengan hanya satu gol pada separuh masa pertama hasil jaringan Amiruldin Nodin.

Malaysia mula menunjukkan taring di separuh masa kedua dengan jaringan Azam Azih dan N. Thabalan.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan Malaysia mendapat peluang cerah untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Malaysia akan bertemu Myanmar untuk melengkapkan perlawanan kumpulan A.

Menerusi laman sosial Twitter, ramai netizen memberikan ucapan tahniah serta kata-kata semangat untuk pasukan Malaysia.

Selain ucapan tahniah, ada perkara lain yang mencuri perhatian sesetengah pengguna laman sosial Twitter.

Paras pemain bola sepak Singapura yang kacak bergaya berjaya menjadi topik perbualan beberapa pengguna Twitter malam tadi, terutamanya wanita.





Biarpun memuji ketampanan pemain-pemain Singapura, mereka tetap memberi keutamaan dan menyokong penuh aksi pasukan Malaysia.

Antara pemain-pemain Singapura yang mempunyai paras rupa kacak ialah Armin Maier Rafi, Illyas Lee, Lionel Tan serta pasangan adik beradik Ikhsan Fandi Ahmad dan Irfan Fandi Ahmad.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Azam Azih menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 68 aksi menentang Singapura! #KL2017 #KitaSamaHero #AyuhMalaysiaku #BangkitBersama

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

N. Thanabalan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke 74. Keputusan penuh ?? 1-2 ?? . #KitaSamaHero #AyuhMalaysiaku #BangkitBersama #KL2017

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Tahniah kepada Malaysia kerana berjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Bangkit selepas perlawanan kedua. #KitaSamaHero #BangkitBersama #AyuhMalaysiaku #KL2017

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on