Wow! Wow! Nampaknya tiket konsert penyanyi popular Dayang Nurfaizah yang bakal berlangsung di Esplanade, Singapura laris macam pisang goreng panas walaupun jualannya baru dibuka 11 Ogos lalu.

Astro Gempak difahamkan ratu r&b negara ini bakal menjejakkan kaki buat kali pertama di pentas berprestij tersebut pada 1 Januari 2018.

Tiket konsert berharga RM79 sehingga RM205 masih boleh didapati dan para peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.esplanade.com/dayang

Konsert ‘pembuka’ tahun baru itu juga bakal menyaksikan Dayang menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Teragung, Di Pintu Syurga dan kesemua lagu-lagu hitsnya yang lain.

Pengarah muzik dan komposer popular, Jenny Chin bakal menerajui konsert Dayang nanti, dan semestinya hanya yang terbaik bakal disajikan kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket.

Penyanyi Malaysia lain yang pernah beraksi di pentas berprestij Esplanade ialah, Datuk Siti Nurhaliza, Ella serta KRU.