Pelakon dan juga anggota Running Man, Song Ji Hyo baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke- 36 semalam.

Song Ji Hyo atau nama sebenarnya Cheon Seong Im akui berasa terharu dengan ucapan-ucapan hari jadi yang diberikan oleh peminatnya di seluruh dunia.

Sebagai tanda terima kasih, Ji Hyo telah memuat naik fotonya bersama hadiah-hadiah pemberian peminat di akaun Instagram (IG) miliknya.

생일축하!! 축하!! 진심으로 진심으로 감사합니다..!! 그리고 제가 셀카를 잘 못찍어요 잘 못나왔어요 ? 죄송해요... Happy Birthday!! celebration!! Thank you very much for your congratulations! And I did not get my self photo so bad that I did not get it. Sorry ?

A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo) on


Bagaimanapun, Ji Hyo juga sempat memohon maaf sekiranya swafoto yang merakamkan wajahnya ketika bersama kek dan juga hadiah-hadiah tersebut tidak kelihatan begitu cantik.

“Selamat Hari Jadi. Saya dengan rasa terharu dan ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah memberikan ucapan dan hadiah kepada saya.

“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ‘selfie’ saya bersama hadiah-hadiah anda ini tidak menjadi, kelihatan hodoh dan juga sedikit pelik,”
tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, peminat menafikan dakwaan Ji Hyo dan memuji kecantikan wajahnya.

Sehingga kini, foto itu telah menerima hampir 90 ribu likes dan lebih 6000 komen.

Teks oleh: Mya Amri