Dua hari lalu, pelakon Afifah Nasir memuat naik foto bersama keluarga dan teman lelakinya, Wan Ariff di Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Afifah menyedari kesilapan dilakukan dan memohon maaf kepada ahli keluarganya kerana telah mengheret mereka secara tidak langsung sepanjang ‘drama’ di antara dirinya dan Aliff Aziz hebat diperkatakan.

Afifah turut meminta jasa baik semua supaya tidak melibatkan keluarganya dan kekasih dengan isu tersebut kerana mereka tidak bersalah.

Adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini juga telah membuka semula ruangan komen dan kesempatan tersebut telah digunakan netizen untuk menghentamnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meminta supaya pengguna laman sosial yang melemparkan kata-kata negatif terhadap Afifah menghentikan perbuatan tersebut.

Mereka juga menasihati supaya netizen yang mengeluarkan kata-kata hinaan dan mencaci Afifah supaya 'move-on' dan menjaga hal masing-masing.

Sementara itu, Afifah positif menerima semua komen yang ditulis netizen pada entri tersebut dan menghargai apa jua yang dikatakan oleh mereka.

To my family, I know the pain I have caused to all. Never in my intention to hurt all of you. Segala kata cacian yang dilemparkan, I accept it as it is for the mistake I have done be it my intention were pure or not. Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa. Relationship with god is what matters the most. Masing2 ada hak untuk bersuara dan judge. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, Allah tahu niat kita macam mana. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Minta jasa baik semua sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Let go of your anger at me, not my family nor my bf as I believe they are innocent❤ seperti yang semua nak.. ruang comment dibuka untuk semua.

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on