Pengacara dan pelawak, Nuur Jihan Muse mengumumkan yang dia kini sedang hamil empat bulan.

Jihan mendedahkan berita gembira tersebut secara eksklusif di rancangan MeleTOP sebentar tadi.

Jihan menggantikan Neelofa sebagai pengacara MeleTOP pada minggu ini kerana Neelofa masih lagi berada di Amerika Syarikat.

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja," kata Jihan di rancangan MeleTOP.

Secara berseloroh, Jihan mengatakan anak yang sedang dikandung olehnya merupakan anak 'made in France'.

"Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.

"Kepada yang berteka teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu," katanya lagi.

Jihan, 34, sah bergelar isteri kepada aktor Ungku Hariz, 32, pada 20 Mac 2016 dengan sekali lafaz tepat pukul 3.22 petang di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

EKSKLUSIF! @jihanmuse kini hamil 4 bulan! Patut lah makin berseri! ??? Tahniah Jihan & Suami #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Anak made in France ok ?? hehehe. Memang rezekikan. Alhamdulillah! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on