Dalam banyak-banyak akaun Instagram, Miss K paling suka mengikuti perkembangan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi.

Selain gemar menulis kata-kata hikmah dan membuat perkongsian ilmu mengenai agama Islam, Abby juga sering memuat naik foto-foto keluarganya yang rapat dengan keluarga bekas suami, aktor Norman Hakim.

Baru-baru ini, keluarga Abby dan Norman berkumpul untuk menerima kunjungan sahabat yang datang dari Paris.

Apa yang mencuit hati, Abby memuat naik sekeping foto suaminya, Mohd Faizal yang dipeluk oleh bekas suaminya, Norman.

Secara berseloroh, Abby menggelarkan mereka sebagai geng kunyit.

"Geng Kunyit HAHAHAHA. Selalu terbaca kalau lelaki dengan lelaki orang gelarkan geng kunyit... kenapa panggil kunyit? Kunyit tu apa sebenarnya?

"PS: Oman ni pengasih dan penyayang. Sebab tu beria dia pelukkk suami kita tu hehe," tulis Abby.

Kehidupan Abby dan Norman seharusnya menjadi contoh kepada pasangan yang telah berpisah.

Bagi Miss K, biarpun sudah tidak sehaluan dan masing-masing telah mempunyai kehidupan sendiri, ukhwah tidak seharusnya terhenti dan perhubungan baik harus dijaga demi anak-anak.

Lihat sahaja Abby dan Norman, aman damai berkumpul dua keluarga. Anak-anak mereka juga yang beruntung kerana mempunyai dua orang bapa dan ibu.

Semoga kehidupan Abby dan Norman semakin bahagia sentiasa. Miss K juga doakan agar Abby mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata selepas keguguran baru-baru ini. Ada rezeki nanti, Insya-Allah.

Miss K: Kencang juga perniagaan Susu Umaima milik Abby, semakin maju!