Kacak dan kaya, namun tiada gunanya jika masih solo.

Kerana itulah seringkali muncul 'drama-drama' di media sosial untuk menarik perhatian.

Hal itu terjadi kepada bintang Hollywood Justin Bieber yang sebenarnya telah banyak kali cintanya ditolak wanita.

Jadi, kami senaraikan lima wanita yang pernah menolak cinta penyanyi lagu Love Yourself itu.

1) Rihanna

Pada tahun 2011, Rihanna menolak cinta Bieber kerana berbezaan usia enam tahun.



2) Jennifer Lawrence

Dalam sebuah wawancara, Bieber pernah menyatakan minatnya terhadap Lawrence. Namun, pelakon wanita itu menolak hajat Bieber.

Katanya; "Aku pasti katakan tidak!"



3) Ariana Grande

Bieber pernah memuji Ariana Grande di Instagramnya. Tulis Bieber; "Ariana, awak nampak sangat cantik."

"Bukan sekarang, syaitan!" balas Ariana.

Walaupun tidak ditujukan secara langsung kepada Bieber, namun ramai yang membuat spekulasi ayat itu ditujukan kepada Bieber.



4) Jessica Gober

Seorang wanita yang bertugas di sebuah gimnasium bernama Jessica pernah digoda Bieber baru-baru ini.

"Siapakah gadis itu," tulis Bieber di Instagram dengan menyatakan lokasi gimnasium itu.

Jessica kemudiannya memuatnaik status di Twitter dengan mendedahkan tindakan Bieber yang cuba menggodanya.

Malah, Jessica juga mengemaskini gambarnya bersama kekasih yang secara tidak langsung menolak mentah-mentah Bieber.



5) Selena Gomez

Episod cinta Bieber dan Gomez selama bertahun-tahun akhirnya putus juga.

Namun, Bieber tidak berputus asa dengan terus mencuba nasib untuk kembali kepada Gomez.

"Dia kebudak-budakan, malah dia seperti adik aku," jawab Selena ketika satu temubual media.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Wollipop