Aktor Tom Cruise dilaporkan gagal melakukan aksi melompat bangunan dalam sebuah penggambaran filem terbaharunya, Mission Impossible 6 baru-baru ini.

Cruise, 55, yang sepatutnya melompat dan perlu mendarat di atas bangunan namun gagal apabila tersalah sasaran dan terus melanggar dinding.

Akibatnya Cruise mengalami kecederaan dan retak tulang di pergelangan kaki.

Meskipun tidak dapat mendarat dengan baik namun Cruise dilaporkan berusaha memanjat naik ke atas bangunan dan berjalan dalam keadaan terhincut-hincut.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Paramount Pictures mengenai kecederaan yang dialami Cruise.


Ini bukan pertama kali Cruise kerap melakukan adegan di luar kemampuannya sebagai aktor.

Dalam siri Mission Impossible: Ghost Protocol, Tom Cruise bergayut di puncak bangunan pencakar langit di Dubai.

Manakala dalam siri Mission Impossible: Rogue Nation, dia melakukan aksi berpaut di sisi pesawat kargo yang sedang terbang.

Sumber: Metro.uk