Peminat teruja apabila juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, memuat naik sebuah video di Instagram (IG)nya.
Menerusi entri tersebut, Zahid berkongsi videonya ketika berada di dalam program realiti tersebut.

Momen yang dikongsi Zahid ialah ketika menerima kejutan daripada penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau ketika sedang membuat persembahan pada malam konsert.

Konsert paling terkezut! #Repost @astrogempak (@get_repost) ・・・ Korang mesti ingat moment-moment KEZUTAN yang macam ni?Apa lagi kezutan yang korang ingat? P.s: @zahidbaharudin betul ke terkezut tu?

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

Zahid memberitahu ianya merupakan konsert yang telah memberi kejutan terbesar buatnya.

"Konsert paling terkezut! #Repost @astrogempak (@get_repost)Korang mesti ingat moment-moment KEZUTAN yang macam ni?Apa lagi kezutan yang korang ingat?"
Video itu telah menarik perhatian peminatnya yang kebanyakan meminta Zahid membuat reunion bersama bekas pelajar yang berada dalam program tersebut.

Rata-rata mereka rindu dengan semua peserta di AF2 ketika itu.

Berikut merupakan komen-komen yang diturunkan:

@nhbrab93 - Best akedemi fantasia ever AF2

@therealnurulashikinreniuon- af2 please ASTRO

@ninamrsjeffrey- Seriously suka sgt af2.. @zahidbaharudin and the gang happening habis. Am waiting for the reunion concert of af2, macam yang af1 buat hari tu.. u memang sangat talented @zahidbaharudin .. all the best to u

@atiqah.tusiran- Af2. The best af ever. Sampai sekarang still ingat nama yang 12 tu. Zahid, linda, adam ,farah, bob, kae,r ma,s zarina, nurul, anding, edlin, fitri. Paling suka farah gaduh dengan linda tarik-tarik rambut, Adam lap peruh farah.

@faizmaghazali- Sangat rindu team AF2..masa tu berhabis duit undi
@zahidbaharudin ..ayooooo

@lurve_arnie- Masa ni 1 family sokong @zahidbaharudin AF2 the best. Time final kami holiday di hotel PD, pihak hotel sangat sporting buka Astro di coffee house untuk tontonan ramai. Memang aura AF time tu sangat-sangat menggilakan.