"Setiap hari kau try Baju Melayu..." luah seorang abang selepas adiknya menemui ajal sebelum sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah, semalam.

Menerusi muat naik di Facebook, Rozaimy Qaisara, berkata, adiknya yang sangat meminati Tunku Aminah tidak sempat hadir ke jemputan majlis berkenaan kerana menemui ajal sehari sebelum majlis berlangsung.

"Sepatutnya hari ni adalah hari yang paling gembira buat adik. Bukan senang nak dapat jemputan dari Istana. Lagi-lagi jemputan perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

"Punyalah kau teruja sampai tiap malam kau try baju melayu. Punyalah minat sangat kau dengan Tunku Aminah.

"Tapi apakan daya ALLAH telah menjemput kau sehari sebelum majlis Tunku Aminah. Punah harapan kau adik, apatah lagi kami sekeluarga bila lihat Baju Melayu yang dah siap gosok tergantung dalam almari kau adik.

"Semua persiapan untuk majlis perkahwinan Tunku Aminah dah ready, tapi adik dah dijemput ALLAH sehari sebelumnya. Sebak tak terkata bila tengok baju melayu ni. Really missed 1 of my HORSEMEN. Moga adik tenang di sana.

Al-fatihah buat adik tersayang Muhammad Aidil," tulisnya.

Rata-rata yang membaca entri tersebut turut berkongsi rasa duka mereka dan berharap agar Rozaimy tabah menghadapi dugaan.

Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah telah melangsungkan pernikahan pada pagi Isnin (14 Ogos) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi