Kerana The Descendent of The Sun, Song Joong Ki Diserbu Di Pasar Raya

24 Oktober 2016. 11.29 AM
15,140
Hiburan
Kerana The Descendent of The Sun, Song Joong Ki Diserbu Di Pasar Raya
Populariti yang diperoleh aktor Song Joong Ki menerusi drama bersiri The Descendent of The Sun menyebabkan kehidupannya sentiasa menjadi perhatian peminat.

Terbaharu, Joong Ki menjadi tumpuan peminat di sebuah pasar raya baru-baru ini ketika membeli makanan di medan selera dalam pasar raya di Chungdam-dong, Gangnam.

Soompi melaporkan Joong Ki itu hanya memakai pakaian kasual tanpa ditemani oleh pengurusnya.

Pelakon itu dilihat sempat melayan permintaan mereka yang ingin bergambar dengannya.

"Joong Ki kelihatan mesra apabila didekati peminat dan juga sempat berbual-bual dengan peminat serta bergambar dengan mereka," kata sumber yang turut berada di lokasi berkenaan.

"Dia kelihatan sangat kacak dan kami tidak menyangka dia tiba-tiba muncul di pasaraya tanpa ditemani oleh pengurus atau pengawalnya," kata sumber yang turut berada di lokasi berkenaan.

Terdahulu, Joong Ki turut menjadi perhatian apabila menghantar trak kopi ke set penggambaran drama bersiri Moonlight Drawn by Clouds untuk menyokong rakannya, Park Go Bum.

Sumber: Soompi
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi






Artikel Berkaitan


Komen