Gadis cantik yang bernama Amanda Rawles sedang mengatur langkah melakar nama dalam bidang lakonan di Indonesia.

Biarpun baru berusia 17 tahun, Amanda yang dikurniakan paras rupawan mempunyai potensi besar dalam dunia hiburan.

Membintangi filem seram Jailangkung yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia semenjak 10 Ogos, filem tersebut telah terlebih dahulu sukses di Indonesia.

Filem Jailangkung menerima respon yang sangat baik dan mendapat kunjungan lebih dua juta penonton di pawagam-pawagam Indonesia.

Astro Gempak menyenaraikan lima fakta mengenai gadis cantik ini.

Berdarah Campur

Pemilik nama penuh Amanda Carol Rawles ini merupakan gadis berketurunan Australia dan Indonesia. Anak kepada Shane Rawles dan Nasriyah ini dilahirkan di Jakarta pada 25 Ogos 2000.

Adik Kepada Pelakon

Kakak Amanda, Annisa Rawles juga merupakan seorang pelakon di Indonesia. Annisa pernah membintangi filem arahan Raditya Dika yang berjudul Single pada tahun 2015. Annisa kini sedang melanjutkan pelajarannya di Australia.

Pandai Berenang & Bermain Bola Sepak

Amanda merupakan seorang gadis yang lasak dan gemarkan aktiviti sukan. Antara aktiviti yang digemari oleh Amanda ialah berenang dan bermain bola sepak.

Pernah Menjadi Mangsa Buli

Amanda sering dibuli semasa zaman persekolahan kerana keadaan dirinya yang kurus dan berkulit gelap. Selepas mengurangkan aktiviti renang dan bola sepak, Amanda mula berubah dan menjaga penampilannya.

Sudah Membintangi 9 Filem

Walaupun usia Amanda masih muda, gadis ini sudah membintangi sembilan buah filem. Filem Jailangkung merupakan filem kelapan yang dibintanginya dan filem seram pertama lakonannya.

Jangan lupa saksikan filem seram Jailangkung yang turut dijayakan oleh Jefri Nichol, Wulan Guritno, Hannah Al Rashid, Lukman Sardi dan ramai lagi.

Filem yang dibawakan oleh Astro Shaw ini mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 10 Ogos 2017.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Bookmyshow.com


@Regrann from @astrogempak - matianak : [Ma-ti-a-nak] MATIANAK bermaksud makhluk halus yang dijadikan anak oleh manusia. p/s: Selamat Malam @jefrinichol @amandarawles @wulanguritno #JailangkungMY #MatiAnak #MerindingBanget #Seram #Horror #Movie #MidNight #filmmaker #wajibtengok #NowShowing

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Kalau kena dekat diri sendiri mau lari balik rumah terus ketakutan. Memang takkan teruskan!! Nak tangkap Jailangkung sila ke pawagam SEKARANG!! Kalau berani la.... Pesanan SKMM: Sebarang rakaman atau Live video akan diambil tindakan undang-undang. #JailangkungMY #MerindingBanget #KiniDiPawagam #BookOnline #JefriNichol #AmandaRawless #Seram #Horror #Movie #FilmMaker #MatiAnak

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on