Korea Selatan bukan sahaja terkenal dengan budaya K-pop dan juga makanan tradisinya kimchi, tetapi juga lokasi-lokasi hip dan menarik.

Berikut kami kongsikan beberapa tempat baru dan menarik untuk diabadikan dalam Instagram yang mungkin anda tidak tahu di sekitar Seoul, Korea Selatan.

1.Sky Park



Sky Park atau namanya “Haneul Gongwon” merupakan antara kawasan beriadah yang menjadi tumpuan kerana pemandangannya sangat cantik terutamuanya ketika musim luruh di mana lalang-lalang hijau bertukar menjadi kuning keemasan.

Selain itu, lokasi ini juga merupakan lokasi tumpuan jurugambar dan pasangan-pasangan di Korea untuk berkunjung pada hujung minggu. Sky Park ini juga terletak berdekatan dengan Seoul World Cup Stadium.

Menariknya peminat bola sepak boleh melawati stadium ini dengan bayaran masuk sebanyak 3000 Korean won sahaja disamping membeli cenderamata kelab bola sepak Seoul iaitu Seoul FC di butik cenderahati official mereka.

Cara untuk ke lokasi: Stesen ‘World Cup Stadium’ (subway line 6), pintu keluar nombor 1.

2.Seoul Sky



Baru dibuka kepada umum bermula April tahun ini, Seoul Sky merupakan tempat yang boleh dikunjungi pelancong di Lotte World Tower. Terletak di Jamsil Station, Seoul Sky merupakan ikon kebanggaan terbaru orang Korea kerana merupakan ‘observatory point’ ketiga tertinggi di dunia yang terletak di tingkat 117 sehingga tingkat 123 bangunan tersebut.

Jika anda seorang yang sukakan cabaran ataupun cuba untuk melawan perasaan gayat, boleh cuba ke tingkat 118 Seoul Sky di mana anda dapat melihat seluruh kawasan Seoul melalui lantai dan dinding kacanya. Tiket masuk sebanyak 27,000won dikenakan.

Cara untuk ke lokasi: Stesen ‘Jamsil’ (subway line 2/8), pintu keluar nombor 1/2/10/11.

3.Teamlab World



Teamlab World: Dance! Art Museum, Learn & Play! Future Park merupakan taman tema digital (digital theme park) yang menarik untuk dikunjungi bersama rakan-rakan dan keluarga. Teamlab World ini boleh dibandingkan dengan Petrosains di Malaysia kerana di dalamnya terdapat pameran interaktif dan muzium seni digital seperti ‘infintity room’, mural digital dan bermacam-macam lagi.

Sekiranya anda ke Taman Tema Lotte World, apa kata singgah sebentar di Teamlab World yang terletak berdekatan pintu masuk taman tema tersebut. Tiket masuk ke Teamlab World ini hanyalah sebanyak 20,000 won seorang.

Cara untuk ke lokasi: Stesen ‘Jamsil’ (subway line 2/8), pintu keluar nombor 1/2/10/11.

4.Starfield Library



Starfield Library kini dibuka dalam salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia iaitu COEX Mall. Dengan lebih 50,000 buah buku dan majalah pada rak buku setinggi 13 meter, perpustakaan dua tingkat ini dibuka kepada umum secara percuma dan pengunjung boleh membaca apa sahaja buku serta majalah yang terdapat di perpustakaan ini.

Selain membeli-belah, penduduk tempatan juga mengambil peluang bersantai bersama kawan-kawan sambil menikmati secawan kopi di Starbucks yang dikatakan antara branch tercantik di Seoul pada ketika ini.

Peminat K-pop juga pasti mengetahui tentang COEX Mall ini kerana terdapat salah satu kedai cenderamata daripada agensi muzik terkenal Korea Selatan seperti SM Entertainment di dalam bangunan yang sama.

Cara ke lokasi: Stesen ‘Samseong (subway line 9), pintu keluar nombor 6.

5.Tongin Market



Jika anda inginkan kelainan dan lari daripada lokai-lokasi mainstream pelancong, Tongin Market ini merupakan tempat yang sangat berpotensi dan menarik untuk menghayati gaya hidup penduduk tempatan. Penggemar ‘street food’ wajib singgah di Tongin Market ini untuk mencuba beberapa street food yang popular di Korea antaranya chumung kimbap, hotteok, satay sotong, tteokbokki goreng dan croquette pada harga yang jauh lebih rendah berbanding di Myeongdong.

Bezanya di pasar ini, anda boleh membeli makanan dengan menggunakan syiling Korea lama di salah satu kedai bernama Dosirak Café yang terletak dipertengahan pasar Tongin tersebut. Kemudian annda akan diberikan sebuah bekas makanan kosong (seperti bekal makanan) untuk mengisi makanan dan 10 keping wang syiling lama mempunyai nilai 500won setiap satu yang boleh digunakan untuk membeli makanan di gerai-gerai yang mengambil bahagian.

Tidak lupa juga, terdapat kedai-kedai kopi lokal, kafe-kafe dengan pencuci mulut popular seperti egg tart dan perumahan Hanok (rumah tradisional Korea) yang bernama Sochon Village berdekatan dengan lokasi tersebut. Selain itu, tempat ini juga merupakan antara tempat temu janji popular di kalangan remaja Korea.

Cara ke lokasi: Stesen ‘Gyeongbokgung’ (subway line 3), pintu keluar nombor 2.

6.Seoullo 7017



Seoullo ‘7017’ membawa 3 maksud. Pertama, ianya dibina pada tahun 70-an dan dibina semula pada tahun 2017 menjadikan singkatan tahun 7017. Kedua, daripada jalan raya untuk pengangkutan di tahun 70-an, ianya dibuka kepada 17 laluan penjalan kaki tahun ini. Yang terakhir sekali, overpass tahun 70-an ini berketinggian 17 meter menjadi simbolik maksud pada Seoullo 7017 tersebut.

Pendek kata, jambatan yang dibina pada tahun 1970 ini diubah semula kepada taman (Skygarden) dan laluan pejalan kaki berketinggian 17 meter di pertengahan bandar Seoul.

Skygarden ini juga dibina disebalik bangunan-bangunan moden yang mengelilingi jejantas dan taman itu juga dihiasi dengan lebih 24,000 tanaman. Ia juga dibuka kepada umum selama 24 jam sehari dan boleh diakses melalui salah satu stesen subway iaitu Seoul Station 365 hari setahun.

Cara ke lokasi: Subway line 1, stesen ‘Seoul Station’, pintu keluar nombor 1.

Sudahkah anda melawat tempat-tempat yang kami senaraikan diatas? Yang mana satu merupakan lokasi paling menarik bagi anda?

Kongsikan lokasi-lokasi menarik lain yang anda tahu atau pernah lawati di Seoul diruangan komen.