Aktor Norman Hakim bersyukur akhirnya anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim berusia 14 tahun sudah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Pun begitu, Norman menerusi satu entri yang dikemaskini di akaun Instagram akui ia baru peringkat permulaan buat anaknya yang bakal meneruskan perjalanannya sebagai seorang tahfiz selepas ini.

Norman turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan anaknya selama ini.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

"Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t semalam (Jumaat 11/8/17) Abg @danishhakim_243 dapat selesaikan khatam hafazan 30 juzuk dia,sehari awal dari target sebenar.

Ini baru peringkat 'intro' atau permulaan utk misi seterusnya.Jauh lagi perjalanannya.

Saya bagi pihak keluarga mewakili 'keramat hidup' dia,mama dia @abby_abadi112 yg menjadi tunjang & kekuatan dia dan jugak mummy @memeysuhaiza serta abah @jaiezzany dgn rasa rendah diri nak ucap terima kasih kepada semua yg banyak mendoakan.

Semoga doa tu takkan putus kat sini sahaja utk perjuangan anak muda ni ke peringkat seterusnya.Allah s.w.t shj yg dapat membalas budi baik semua

Barakallah Mohamed Danish Hakim Al-Hafiz "


Terdahulu, Norman telah memaklumkan Danish bakal menyambung pengajiannya ke Turki pada Oktober depan.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish mereka juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania, 12, dan Maria Danisha, 10.

Norman kini berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim, 2 tahun.