Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor hari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers pada pukul 12 tengah hari tadi.

"Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

"Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan seluruh rakyat negeri Johor. Didoakan supaya berkekalan kebahagiaan kedua-dua mempelai DiRaja ini. Allah Peliharakan Sultan," tulis akaun Johor Southern Tigers.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan dan pernikahan Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah.














Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Southern Tigers