Banyak Lagi Penerbit Yang Lebih Bagus Di Malaysia - Persis

12 Ogos 2017. 12.54 PM
975
Hiburan
Banyak Lagi Penerbit Yang Lebih Bagus Di Malaysia - Persis
Kumpulan Persis mengakui masih terdapat banyak penerbit yang lebih bagus di Malaysia berbanding khidmat pemuzik di luar negara.

Menurut vokalisnya, Krool atau Khairul Nizam Idris, berkata, mereka masih mempercayai khidmat penerbit muzik negara ini kerana pernah mempunyai pengalaman apabila tidak berpuas hati dengan penghasilan pemuzik luar negara dalam menghasilkan single terbaharu, Mimpi.

"Sebenarnya masih banyak lagi penerbit yang lebih bagus dan saya sendiri tak rasa akan guna khidmat pemuzik luar negara selepas ini.

"Ini kerana kami sudah mempunyai pengalaman apabila mengunakan khidmat pemuzik luar, susunan muzik yang dihasilkan tidak sesuai dengan jiwa kami dan budaya di Malaysia.

"Kami masih mempercayai bakat yang ada dengan pemuzik tempatan kerana karya yang dihasilkan oleh mereka lebih dekat dengan jiwa kita,"katanya kepada Astro Gempak.

Persis berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu Mimpi, di Red Box Karaoke The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Selain Krool, kumpulan Persis juga dianggotai oleh Izwan (gitar), Zulfizrin (gitar), Rajwan (drum) dan Zahari (bass).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen