Ajak Guru Buat Perkara Tak Senonoh, Pelajar Terima Kritikan Pedas Netizen

12 Ogos 2017. 9.00 AM
13,132
Hiburan
Ajak Guru Buat Perkara Tak Senonoh, Pelajar Terima Kritikan Pedas Netizen
Semalam viral di media sosial apabila seorang guru praktikal telah memuat naik satu perbualan di aplikasi WhatsApp dengan seorang pelajarnya.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook, guru terbabit melahirkan rasa kecewa apabila salah seorang pelajarnya mengajak untuk melakukan hubungan seks.

"Kalau kamu taknak hormat saya pun tidak apa tetapi tolong hormat saya yang lebih tua dari kamu. Budak-budak sekarang sudah tiada adab!," tulisnya.

Rata-rata netizen yang membaca perbualan tersebut melahirkan rasa marah terhadap pelajar itu serta mereka mengakui terkejut dengan keberanian dan permintaan 'luar biasa' pelajar terbabit.

@QistiAbdullah: "Alahai, berani sungguh budak sekarang. Sabar ye dik awak tu masih pelajar sekolah." 

@Auni92_17: "Kalau ye pun habiskan lah belajar tu dulu. SPM pun belum tentu lulus dah gatal sangat sekarang."

@Azrahaman: "Sungguh memalukan budak-budak sekarang. Tergamak mengajak cikgu yang memberi ilmu melakukan hubungan seks. Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang ini. Memalukan keluarga."

@IdhamQmad: "Lain sungguh budak zaman dulu dan zaman sekarang. Dulu nak bercakap dengan cikgu pun takut. Sekarang mereka sudah mampu untuk mengajak cikgu melakukan perkara terkutuk itu. Bawa bertaubatlah adik."

@Rosnie: "Agak-agak apa yang difikirkan oleh pelajar ini. Itu la zaman semakin maju, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menjaga anak-anak mereka."

@YongYie: "Jauh la dik perjalanan hidup kamu itu. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi. Orang seboleh-bolehnya ingin menjaga dara yang ada tapi kamu boleh menawarkanya kepada cikgu. Sungguh memalukan."


Menerusi status terbaharu yang dimuat naik di Facebook, guru tersebut mengakui terkilan apabila keikhlasannya berkongsi nombor telefon untuk memudahkan pelajar telah disalah erti.





Artikel Berkaitan


Komen